Gabungan politik sedia ada pamer prestasi terbaik dan wajar dikekalkan, kata Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Persekutuan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat gabungan politik sedia ada dalam Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan prestasi terbaik yang menurutnya wajar dikekalkan.

Advertisements

Beliau menegaskan bahawa ahli politik tidak seharusnya menilai prospek masa depan pakatan semasa, kerana gabungan itu kini memberi khidmat dan menjaga kepentingan rakyat dengan efektif.

“Tumpuan kita tidak seharusnya terfokus kepada isu sama ada individu dalam gabungan popular atau tidak popular.

“Sebaliknya, kita harus mengutamakan kepentingan masa depan politik kita (Umno) dan mempertimbangkan apa yang terbaik untuk kita,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Salleh berkata gabungan sedia ada berdedikasi untuk mentadbir negara dan berkhidmat kepada rakyat.

Bekas ketua menteri Sabah itu menggesa rakyat supaya menumpukan perhatian dalam mendepani pelbagai cabaran masakini dan menggunakan ‘masa dan sumber kita untuk kebaikan rakyat’.

Salleh berkata persoalan siapa dan bagaimana gabungan masa depan harus dibentuk tidak relevan pada masa ini.

Beliau mengingatkan bahawa keterlibatan dalam perbahasan mengenai perkara itu hanya akan menguntungkan musuh politik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles