Tiada Catuan Bekalan Elektrik

KOTA KINABALU: Kapasiti bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini (Rabu) berada pada jumlah 1070MW, namun diramalkan tidak ada catuan.

Advertisements

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir. Adrian Mosigil berkata, permintaan maksima tenaga elektrik pula dijangka mencecah sehingga 1,041MW.

“Walau bagaimanapun, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 29MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.

“Justeru, pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk rekod, tidak ada catuan bekalan yang dilaksanakan semalam dengan permintaan tenaga maksima dilaporkan sebanyak 1,046MW pada pukul 3.30 petang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles