Salleh sempurnakan perasmian karnival Burung Murai Batu Terbuka Kota Belud

KOTA BELUD: Penganjuran Karnival Burung Murai Batu Terbuka Kota Belud bakal menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan luar bandar di daerah itu.

Advertisements

Hos karnival itu, Mantan Ketua Pengarah Kastam Negeri Sabah Datuk Hamzah Sundang berkata susulan sambutan yang memberangsangkan, pihak penganjur bercadang untuk menganjurkan karnival itu setiap tahun.

“Aktiviti pemerhatian burung murai batu mempunyai kumpulan peminat tersendiri, khususnya dalam kalangan pelancong dan penduduk setempat,” katanya pada majlis perasmian karnival itu di sini baru-baru ini.

Karnival itu dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Karnival burung murai batu yang julung kali diadakan itu disertai 237 peserta yang menyaksikan sekitar 300 ekor murai batu dipertandingkan.

Johan pertandingan burung murai batu sempena karnival itu menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan piala, naib johan membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala tempat ketiga meraih RM500.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles