Projek penambahbaikan infrastruktur jalan raya bernilai RM244 juta “game changer” untuk Kadamaian, kata Zahid

KOTA BELUD: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan kepentingan projek penambahbaikan infrastruktur jalan raya di Kadamaian, yang dimulakan dengan peruntukan RM244 juta.

Advertisements

Katanya, projek itu berpotensi menjadi ejen perubahan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat dengan ketara.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembangunan Kadamaian dan Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kadamaian, di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, yang juga ADUN Kadamaian.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid meluncurkan tiga projek menaiktaraf Jalan Luar Bandar (JLB) Kedamaian, iaitu Jalan Tengkurus Lahanas Siba-Lahanas Sokid dan Jalan Sayap yang sudah dalam proses pelaksanaan serta Jalan Podos Taginambur yang dalam proses pelantikan kontraktor.

Kesemua projek ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM244 juta di bawah peruntukan KKDW.

Beliau turut melancarkan Digital Desa satu inisiatif daripada Bank Rakyat dalam membudayakan gaya hidup tanpa tunai dalam kalangan rakyat dan usahawan luar bandar serta menyampaikan sumbangan Awal Pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat kepada seramai 97 pelajar kawasan Kadamaian.

Ahmad Zahid turut mengumumkan pembinaan 40 unit rumah untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin di DUN Kadamaian.

Beliau mengakui permintaan tambahan yang dibuat oleh Datuk Ewon Benedick bagi pihak penduduk Kadamaian dan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil.

Ewon dilihat sebagai Adun yang memainkan peranan penting dalam membawa pembangunan di Kadamaian dan dianggap oleh masyarakat tempatan di situsebagai bapa pembangunan Kadamaian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles