KUALA PENYU: Perpaduan merupakan aset paling penting dalam memperkukuh kedaulatan dan keamanan negara terutama negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, tanpa semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk, sesebuah negara mudah terdedah dengan ancaman musuh dari luar atau dalam.
Dalam hubungan ini, Aminah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan dasar Kerajaan Malaysia Madani dan untuk memperkukuh dasar tersebut nilai hormat perlu ada dalam setiap diri warganegara Malaysia
“Rakyat yang saling menghormati lebih memahami sesama mereka serta mengukuhkan ikatan persaudaraan. Inilah menjadi visi membentuk masyarakat Malaysia Madani yang mempunyai nilai menghormati serta kesaksamaan yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Parlimen Beaufort di padang kampung Mansud baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Haji Jaluddin Kadir, Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Awang Danit Jion dan Guru Besar Sk Mansud Haji Fadliezan Tinggan
Menurut Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, perpaduan juga adalah aspek yang sangat penting dalam menjaga kestabilan politik dan merupakan kunci utama kemajuan pembangunan khususnya di Sabah pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu Aminah berkata bagi menjaga kestabilan politik budaya kerja berpasukan perlu menjadi amalan kepada mana-mana organisasi termasuklah organisasi politik.
“Tanpa kesepakatan, kerjasama dan amalan berpuak-puak dalam sebuah organisasi akan membawa perpecahan dan ini mengundang kepada ketidakstabilan politik yang akhirnya akan membawa kerugian kepada semua pihak,” katanya.
Aminah berkata semua pihak harus berusaha mengurangkan perbezaan pendapat dan kefahaman politik dan berusaha untuk lebih fokus kepada isu-isu berkaitan rakyat tambahan lagi pada masa ini rakyat sangat perlu dibantu ketika keadaan ekonomi semakin mencabar.
“Diharapkan ahli politik ada keikhlasan yang tinggi untuk memastikan rakyat boleh diutamakan pada ketika ini bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga dan terbela,” jelasnya.
Mengulas program tersebut Aminah yang juga Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) ianya merupakan satu flaffrom untuk mengwujudkan semangat kerjasama dan perpaduan khususnya di kalangan komoniti setempat.
“Program ini diadakan bukan kerana pengisiannya dengan pelbagai acara namun lebih jauh dari itu kita dapat berkumpul, bersilatulrahim bagi membentuk sebuah Masyarakat yang hidup harmoni dan bersatu padu,” katanya.
Dalam masa yang sama Aminah turut memberi galakan kepada persatuan-persatuan di konstituensinya untuk menganjurkan lebih banyak acara yang dapat memperkukuh semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan komuniti.
Pelbagai acara diadakan sempena sambutan tersebut antaranya acara Tarik tali lelaki dan Wanita, pertandingan boling kelapa pertandingan menganyam ketupat pertandingan memancing dan lain-lain lagi.