Oleh Aktivis Politik dan Penulis Buku Musli Oli
KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Umno Sabah membuat kenyataan Umno Sabah belum membuat keputusan mengenai rakan kerjasama pada pilihanraya negeri akan datang. Kenyataan itu seolah-olah menempelak Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Bung Moktar Radin yang hadir semasa persidangan tahunan parti Warisan di dewan Hakka pada Ahad 14.12.2023.
‘Bukankah Umno Sabah telah diberi kuasa otonomi?’ Kenapa pulak Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempersoal kenyataan Datuk Seri Bung? Tanya seorang pemerhati.
Menurutnya dari segi protokol cuma Presiden Umno sahaja yang boleh bantah keputusan Ketua Umno Sabah atau jurucakap Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno. Tetapi bukan kenyataan seorang AMKT secara individu.
Apakah DARD telah mendapat restu daripada Presiden Umno atau ada tangan ghaib yang cuba mencorak parti itu?
Kenyataan Timbalan Ketua Umno Sabah itu mengesahkan ada sesuatu yang tidak kena dengan parti Umno Sabah
Ia juga mengesahkan kabar-kabar angin menyebut Umno Sabah telah berpecah kepada tiga kumpulan utama.
Kumpulan pertama cenderung kerjasama dengan parti Warisan. Kumpulan ini diketuai Datuk Seri Bung sendiri.
Team kedua yang dipimpin DARD berhasrat supaya Umno berkerjasama dengan GRS.
Satu kumpulan lagi mahu Umno Sabah mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan selaras dengan kerjasama diperingkat Persekutuan.