Rm300 juta daripada rm16.4 bilion kelayakan untuk Sabah satu penghinaan, kata bekas Adun Petagas

KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan digesa menilai semula keputusan memperuntukkan hanya RM 300 juta kepada Sabah daripada hak kelayakannya sekitar RM 16.4 bilion.

Advertisements

Ketika membuat seruan itu, bekas ADUN Petagas Datuk Janes Lingunjang berkata kerajaan persekutuan juga perlu memberikan penjelasan yang munasabah bagi pembayaran yang tidak mencukupi itu, dan mengambil langkah segera untuk menyemaknya agar lebih mencerminkan hak Sabah yang sah.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak wajar dan amat tidak mencukupi, beliau berkata jumlah yang sedikit itu bukan sahaja satu penghinaan, malah ia juga seakan-akan tidak menghargai sumbangan besar rakyat Sabah dalam menjana pendapatan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 41 bilion pada 2022.

“Kerajaan mesti memberikan penjelasan yang munasabah untuk keputusan ini dan mempertimbangkan secara serius untuk menyemak semula pembayaran untuk menggambarkan dengan lebih tepat kelayakan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik kenyataan Ahli Parlimen Keningau Datuk Dr Jeffrey Kitingan,”yang berkongsi maklumat ini di Parlimen pada 23 Oktober 2023, Ligunjang berkata telah dilaporkan bahawa Kerajaan Persekutuan memperoleh RM 41 bilion daripada Sabah pada 2022.

Oleh itu, berdasarkan 40% kelayakan yang sepatutnya diterima Sabah daripada hasil persekutuan, ia sepatutnya berjumlah RM 16.4 bilion, kata Ligunjang.

Bagaimanapun, beliau berkata bayaran interim semasa yang diperuntukkan kepada Sabah untuk kelayakannya, seperti yang dinyatakan melalui perintah warta P.U. (A) 364/2023, hanyalah RM 300 juta.

“Jumlah itu nampaknya rendah dan hanya mewakili 1.83% daripada kelayakan sebenar Sabah sebanyak 40%,” katanya.

Lingunjang berkata peruntukan itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah dan menjejaskan sumbangan besar yang telah mereka berikan kepada hasil Kerajaan Persekutuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles