ESSCOM komited jayakan misi ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’, kali ini lancar Operasi Bersepadu ‘tombol’ lalusan tikus di Kalabakan

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang merupakan penyelaras koordinasi benteng utama pertahanan di pantai timur Sabah komited untuk memperhebatkan Operasi Bersepadu (OB) di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Sehubungan itu, Komander Eastern Command DCP Datuk Victor Sanjos berkata ESSCOM yang berhasrat menterjemahkan misi Tiada Hari Tanpa Operasi’, kali ini melancarkan operasi menguatkuasakan undang-undang sedia ada di kawasan berhampiran sempadan daratan Daerah Kalabakan.

Menurutnya operasi itu disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan/ Agensi Persekutuan/ Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Operasi Bersepadu Road Check Point (RCP) Kalabakan di Daerah Tawau itu dilaksanakan selama tiga hari bermula 16 November, kata Victor dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi bersepadu itu, antara lain, bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai dan penyusupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya ia juga bermatlamat menguatkuasakan undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan lain di laluan utama menghubungkan pantai Barat dan pantai Timur Sabah termasuk operasi keselamatan di laluan tikus yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah berhampiran sempadan daratan Daerah Kalabakan.

Victor berkata sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 224 kenderaan darat pelbagai jenis telah diperiksa melibatkan pemeriksaan seramai 426 orang individu.

Daripada jumlah tersebut, katanya lapan orang PATI warganegara Filipina dan Indonesia telah ditangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Victor berkata dua individu telah ditahan kerana masing-masing disyaki memiliki senapang buatan sendiri jenis bakakuk bersama beberapa butir peluru hidup yang disembunyikan di dalam kenderaan.

Katanya kedua-dua individu terbabit dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Turut ditahan enam individu dewasa kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles