Belanjawan 2024 memantapkan pembangunan Sabah dalam martabatkan MA63 – SUHAIMI

KUALA LUMPUR: Peningkatan peruntukan untuk Sabah dalam Belanjawan 2024 berbanding tahun ini membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Advertisements

Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata jumlah pembangunan dan pemberian khas interim telah meningkat dan ini jelas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur Sabah.

Suhaimi menyifatkan Belanjawan 2024 mengambarkan komitmen yang tinggi Kerajaan Perpaduan dalam memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita amat mengalu-alukan peruntukan pembangunan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sabah telah meningkat kepada RM6.6 billion berbanding RM6.5 billion tahun 2023.

“Peningkatan kadar Pemberian Khas Interim untuk Sabah kepada RM300 juta berbanding RM125.6 juta pada tahun 2023,” katanya ketika mengulas Pembentangan Belanjawan 2024, petang tadi.

Suhaimi turut mengalu-alukan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan keberkesanan pembangunan di Sabah telah menurunkan kuasa perlaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal di Sabah.

Beliau berkata penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah yang bakal berkuat kuasa pada 3 Januari tahun hadapan boleh mengukuhkan industri bekalan elektrik di Sabah dengan adanya pemberian subsidi sehingga 2030.

“Kita amat terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi jaminan kestabilan dan mengurangkan gangguan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah dengan melaksanakan penjanaan tenaga secara solar hibrid serta pembinaan jaringan talian penghantaran elektrik di Selatan Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles