Ewon kunjungi universiti tempat belajar, meterai MoU SME Corp dan UTeM

AYER KEROH: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, hari ini mengunjungi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), universiti tempat beliau belajar lebih 10 tahun yang lalu.

Advertisements

Dalam lawatan kerja itu, Ewon yang juga alumni UTeM menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara SME Corp iaitu agensi di bawah kementeriannya dan UteM.

Ia bertujuan menjalin kerjasama erat dan meningkatkan kemahiran serta bakat pelajar dalam bidang keusahawanan, mempromosi aktiviti, program dan inisiatif yang dijalankan oleh SME Corp.

MoU ditandatangani diantara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corp Malaysia Rizal Nainy dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif.

Turut menyaksikan MoU itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Naib Canselor UTeM Prof Dr Massila Kamalrudin.

Ewon berharap, kerjasama erat antara kementeriannya dan agensi serta institusi pendidikan dapat diteruskan demi mengukuhkan ekosistem keusahawanan.

“UTeM sangat dekat di hati saya dan saya amat berbesar hati dapat kembali ke UTeM sebagai alumni. Saya berharap kerjasama seperti ini dapat dikekalkan supaya institusi pendidikan dapat dijadikan platform penting dalam usaha kita memperkasa dan mencapai misi menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang 2030,” katanya.

Ewon turut menasihati para pelajar UteM supaya sentiasa bijak membahagi masa, sentiasa fokus dalam segala aktiviti yang dilakukan dan mempunyai perancangan masa depan yang jelas.

“Antara kunci kejayaan ialah “hormat”, kita mesti menghormati ibu bapa kita, guru-guru, pensyarah, rakan-rakan dan semua orang yang ada disekeliling kita,” katanya.

Terdahulu itu Ewon mengadakan perjumpaan dengan para pelajar Borneo (Sabah dan Sarawak) yang menuntut di UTeM dan mendengar keperluan mereka.

Selepas itu beliau dibawa melawat Makmal Multimedia, Makmal Realiti Maya dan Bilik Kuliah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

Pada majlis itu Ewon bersetuju menyumbang RM30,00 sebagai sokongan menjayakan program pelajar UTeM dan RM50,000 untuk membangunkan kiosk dan kelengkapan lain melalui Koperasi Siswa UTeM.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles