KOTA BELUD: Lebih 300 umat Islam menghadiri majlis ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Pekan Kota Belud petang tadi.
Turut hadir bekas ketua menteri Sabah yang juga Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Program itu dimulai dengan Selawat beramai-ramai dan diikuti Solat Magrib.
Ceramah Khas Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ghazally Zakaria.
Pada majlis itu, Salleh turut menyampaikan sumbangan kepada sekolah tahfiz iaitu Sekolah Tahfiz Muhammad Al Fatih Rosok.
Setiap tahun umat Islam menyambut kelahiran Maulidur Rasul bagi menzahirkan kecintaaan kepada Nabi Muhammad sebagai pemimpin, inspirasi dan Rasul kepada ummah.