Pelajar aset negara masa depan – PPM Tamparuli

TENGHILAN, Tamparuli: Pelajar merupakan aset negara yang bakal memimpin negara pada masa akan datang.

Advertisements

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, berkata, pelajar di sesebuah sekolah berperanan sebagai pengganti kepada kepada kepimpinan sama ada di sekolah, di dalam komuniti, daerah hinggalah sebagai pemimpin negara pada masa akan datang.

“Oleh itu, dorongan serta bimbingan daripada setiap sudut kehidupan perlu bermula di peringkat awal, termasuklah di dalam sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, ketika merasmikan Program Mengangkasakan Motivasi Pelajar dan Majlis Penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK), anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, di Dewan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenghilan, sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Linda Anthony, Pengetua SMK Tenghilan, Markus Salagan, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Romeo Sindeh, dan para kakitangan di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli.

“Kepada adik-adik, buatlah yang terbaik dalam pelajaran demi masa depan yang cerah.

Katanya, zaman sekarang, pencapaian dalam bidang akademik sahaja sememangya tidak memadai, kerana banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian yang sama.

“Pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga perlu diberi perhatian yang sama beratnya,” ujar Madin.

Justeru, beliau mengharapkan anak-anak yang bakal menjadi pewaris negara itu dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik dan juga sahsiah mereka.

Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa menjadi guru bukanlah tugas yang mudah, kerana ianya menuntut kecekalan dan semangat mendidik yang tinggi.

Ini adalah kerana guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak-anak bangsa.

“Daripada mengajar konsep mengeja, menulis dan mengira sehinggalah kepada formula saintifik dalam pelbagai mata pelajaran, para guru tidak jemu menaburkan bakti tanpa mengira penat dan lelah, kita perlu hargai usaha dan tanggung jawab murni mereka ini,” tambah beliau.

Bercakap mengenai program penyampaian bantuan oleh pihak Yayasan Sabah, Madin mengharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan alat-alat bantu tersebut dengan baik.

Pada majlis itu, seramai 53 orang pelajar sekolah telah menerima Skim Bantuan Khas (SBK) dari pihak Yayasan Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles