Bung bersyukur perjuangannya di mahkamah berakhir, kini masa fokus laksana tugas untuk rakyat dan parti

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengakui tempoh lima tahun turun naik mahkamah bersama isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bukan satu jangka masa yang singkat bagi menyelasaikan kes mahkamah beliau.

Advertisements

Katanya banyak masa yang digunakan di sini, namun pada hari ini beliau mezahirkan rasa syukur, perjuangan beliau bersama isteri akhirnya selesai selepas mereka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam dan kepada ahli keluarga, sahabat serta rakan-rakan yang mendoakannya selama ini.

“Terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas budi baik mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu, selepas kes ini selasai beliau mempunyai lebih banyak masa untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

“ Sekarang masanya untuk saya lebih memberikan perhatian (fokus )kepada tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan pemimpin parti ,banyak tugas dan tanggungjawab perlu kita laksanakan selepas ini, ” tambah Bung yang juga Pengerusi BN Sabah.

Sebelum itu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam keputusannya berkata mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding

Katanya Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti yang menunjukkan dua saksi pendakwaan memberikan wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin melalui isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

Dua saksi pendakwaan berkenaan adalah ejen Public Mutual iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid.

Azhar berkata, sehubungan itu ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.

“Dengan itu, keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan.

“Saya dengan ini mengguna pakai Seksyen 325 Kanun Prosedur Jenayah bagi melepas dan membebaskan kedua-dua pemohon,” katanya.

Azhar berkata demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menyemak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob yang memerintahkan mereka membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Selepas keputusan mahkamah itu, Bung Moktar dan Zizie Izette yang berada dalam kandang tertuduh, menangis dan berpelukan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles