Generasi muda wajar hayati dan hargai erti kemerdekaan – AK Mohd Yazri

KUALA.PENYU : Rakyat Malaysia terutama generasi muda perlu menghayati serta menghargai erti kemerdekaan negara.

Advertisements

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata ,pkemerdekaan adalah perkara bermakna dan perlu dipertahankan golongan muda yang merupakan waris kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu.

Beliau berkata menyedari kepentingan itu, semua pihak samada jabatan agensi kerajaan, swasta,badan badan NGO dan pertubuhan politik telah menganjurkan pelbagai program sempena Bulan Kebangsaan (Hari kebangsaan dan Hari Malaysia) untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada rakyat terutamanya golongan muda.

“Generasi sekarang sangat beruntung kerana mereka mewarisi kemerdekaan negara kita dan dapat hidup senang dan aman hasil perjuangan pemimpin dan rakyat terdahulu untuk mencapai kemerdekaan,” katanya ketika ditemui selepas program mengedar bendera Malaysia dan pengisian minyak petrol percuma anjuran Perrgerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort dekat sini kemarin.

Program tersebut dilancarkan oleh Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Asli Lakat dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Haji Jaludin Kadir dan Ketua Wanita Umno bahagian Juriffaah Safflie.

Ak Mohd Yazri berkata seiring tema sambutan Hari Kemerdekaan ke 66 tahun ini ” Tekad Perpaduan,Penuhi Harapan ” rakyat di negara ini perlu terus mengukuhkan perpaduan yang wujud antara pelbagai suku kaum yang terdapat di negara ini, khususnya di Sabah.

“Perpaduan kaum sangat penting untuk mewujudkan kestabilan politik,pentadbiran efektif, serta merancang dan menggerakkan pembangunan di negara” katanya

Terdahulu Awang Asli yang melancarkan program tersebut ketika ditemui selepas program ini memuji usaha yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort yang menganjurkan program tersebut.

Katanya program seperti ini merupakan falfrom terbaik bagi mendekati anak muda dalam menyampaikan masej untuk mereka terus menghargai dan mempertahankan makna kemerdekaan negara.
” Walaupun telah mencecah 66 tahun negara kita merdeka namun sejauh manakah penghayatan erti kemerdekaan itu tertanam terutamanya generasi muda,mereka merupakan aset kepada negara dan merupakan pemimpin pada masa akan datang justeru golongan ini perlu memiliki jati diri dan semangat patriotik untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian negara” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles