Hari Kebangsaan di Sabah disambut meriah

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens, seawal jam 6 pagi tadi.

Advertisements

Acara itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Sambutan itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Menteri Kewangan Negeri Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023, Datuk Masidi Manjun serta barisan Kabinet negeri Sabah.

Sementara itu, 140 kontinjen termasuk kenderaan membabitkan pelbagai kategori seperti sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta sektor swasta, badan bukan kerajaan dan persatuan etnik Sabah menyertai perbarisan yang bermula kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Sambutan Hari Kebangsaan itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk upacara Menaikkan Bendera Malaysia dan Menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku dan persembahan koir yang menyanyikan Lagu Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Lagu Integriti Malaysia Madani Jalur Gemilang.

Sambutan ditutup dengan pertunjukan penerbangan lintas khas daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles