Persatuan Pengguna adakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Shahelmey

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya di bangunan Kementerian Kerja Raya Sembulan.

Advertisements

Kunjungan itu diketuai presidennya David Chan dan disertai Perunding Elektrik Ir. Ts. Yuzrian Efren Yunus  dan Akauntan Bertauliah Justin Ng dan Dato Idris Ali.

Kunjungan itu, antara lain, bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak selain memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan pengguna.

David turut menzahirkan rasa lega dan berterima kasih kepada Kementerian Kerja Raya Sabah atas komitmen untuk menaiktaraf projek Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II.

“Apa yang Persatuan Pengguna harapkan ialah gangguan bekalan air akan dapat diatasi memandangkan sebelum ini masalah ini sering mengganggu kehidupan seharian penduduk, khususnya peniaga.

“Persatuan Pengguna menaruh harapan agar masalah gangguan bekalan air di sekitar bandar raya negeri ini bakal berakhir apabila projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II siap sepenuhnya kelak”, katanya semasa kunjungan hormat dengan Menteri Kerja Raya semalam.

Dalam pada itu, Pengguna Sabah berharap supaya peruntukan bagi menambah baik kemudahan bekalan air dan elektrik di Sabah dapat disegerakan bagi menyelesaikan masalah yang tidak berkesudahan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles