Presiden MCA harap budaya berpolitik ekstrimism tidak menyerap masuk ke Sabah

KOTA KINABALU: Presiden MCA Dato Seri IR Wee Ka Siong menzahirkan harapan agar budaya berpolitik yang mirip kepada ekstrimism tidak menyerap masuk ke Sabah.

Advertisements

Oleh itu, beliau berkata konsep kepelbagaian dan kesederhanaan berpolitik terus menjadi pegangan utama MCA untuk memajukan parti ke tahap tertinggi, termasuk di Sabah.

Katanya kesederhanaan merupakan amalan yang berjaya menyatu padu rakyat berbilang kaum meskipun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.

Sehubungan itu, Wee berharap keharmonian dan kestabilan politik yang dinikmati rakyat Sabah dapat dipertahankan.

“Sabah ini terkenal dengan kepelbagaian kaum dan rakyat yang hidup harmoni. Kita tidak mahu melihat unsur ekstrimism meresap ke negeri ini,” katanya.

Wee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan konvesyen MCA di di sini hari ini.

Turut hadir pengerusi MCA Sabah Pengerusinya, Lu Yen Tung.

Wee berkata selepas 32 tahun bertapak di Sabah, MCA kini semakin mantap dan diterima baik rakyat negeri ini.

Beliau berkata MCA berharap dapat menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu.

Mengenai gesaan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee agar parti nasional tidak mengambil bahagian dalam PRN Sabah akan datang, Wee berkata ia memperlihatkan betapa rendahnya martabat parti dari semenanjung dalam pandangan beliau.

“Anehnya beliau (Yong) sendiri main politik dua kolam (sokong PN, sokong GRS),” katanya,

Wee berkata MCA turut menyatakan sokongan kepada kerajaan GRS bagi memastikan kelangsungan kestabilan politik di negeri ini, sekali gus merancakkan program pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles