Pemimpin Veteran UMNO Razaleigh akui bukan muda atasi PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah – Tidak adil desak Zahid letak jawatan

KOTA KINABALU: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui bukan mudah untuk “mengatasi” Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS yang berkuasa di tiga negeri di semenanjung seperti yang berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Advertisements

“Saya menyimpulkan bahawa tiga negeri itu sememangnya dikuasai oleh PN, khususnya PAS.

“Sebenarnya PAS yang berkuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
PAS da bertapak di negeri ini…tak upaya la kita nak mengatasinya,” katanya ketika ditemuramah The Malaysian Insight.

Razaleigh diminta mengulas kegagalan Barisan Nasional (BN) menawan ketiga-tiga negeri itu dalam PRN lepas.

Menurutnya BN, terutama UMNO
telah menggunakan strategi agak berkesan.

“Tetapi ada keadaan dalam UMNO itu sendiri yang tak dapat diterima rakyat …itu la yang menjadi masalah kepada kita.

“Namun saya tidak bermaksud Presiden UMNO perlu letak jawatan…saya kata demikian kerana dalam UMNO pun sama sama tak sesuaikan diri.

“Sebagai presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid bertanggungjawab tetapi orang lain pun perlu bertanggungjawab…ini bukan kerja seorang manusia.

“Kerja ini (kempen PRN) mesti ada kesepakatan mereka yang dinamakan pemimpin…mestilah memikul tanggunjawab bersama

“Ini kerana tanggunjawab itu tidak boleh dipikul oleh seorang manusia saja jadi kalau kalah parti seperti PRN baru-baru.

“Ini bererti semua peringkat pimpinan telah gagal, kalau la kita desak seorang berhenti saya rasa tak adil,” katanya,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles