Yong tiada “moral standing” nasihat parti lain tidak tanding PRN Sabah akan datang – Jeffrey

KOTA KINABALU: Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee tidak mempunyai “moral standing” untuk menasihatkan mana mana pihak untuk tidak bertanding mahupun melibatkan diri dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang.

Advertisements

Pengarah Jabatan pilihanraya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata ini kerana Yong selaku ketua SAPP sendiri tidak mempunyai pendirian yang jelas.

“Beliau (Yong) menyatakan bahawa GRS menyokong kerajaan PERPADUAN tetapi pada masa yang sama SAPP juga jelas merupakan sebahagian daripada parti Perikatan Nasional.

“Apakah beliau lupa bahawa beliau sendiri hadir ke mesyuarat PRN 6 negeri anjuran Perikatan Nasional pada 17 julai 2023?

“Sebelum menasihatkan mana mana parti, cerminkan diri sendiri dulu dan nyatakan adakah beliau sokong KERAJAAN PERPADUAN atau PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffrey yang juga Ketua UMNO bahagian Putatan berkata kenyataan Yong juga seperti lupa diri pembentukan awal kerajaan negeri Sabah adalah d antara BERSATU dn BN Sabah, dan dengan itu
beliau mendapat jawatan ADUN Dilantik.

Beliau berkata kenyataan Yong itu dibuat susulan keputusan PRN enam negeri d semenanjung, namun “perlu diingat politik ini sangat dinamik dan tidak boleh keputusan di PRN enam negeri itu dianggap sebagai merit kepada pencapaian kerajaan perpaduan ketika ini”.

“Jika ini kenyataannya saya cabar untuk beliau buat kenyataan untuk tidak menyokong kerajaan perpaduan sekarang dan meminta GRS juga menyatakan sokongan yang sebenar² mengenai pendirian mereka terhadap Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Jeffrey berkata sudah tiba masa Yong menyatakan pendirian sebenar SAPP kepada rakyat Sabah samada mereka bersama kerajaan perpaduan atau PN.

“Jangan jadi talam dua muka. Kamu tidak boleh jadi penyokong kerajaan perpaduan tetapi pada masa sama memegang jawatan timbalan pengerusi Perikatan Nasional.

“Oleh itu, saya cabar beliau untuk menyatakan pendiriannya kerana itu bagi saya adalah perkara yang lebih mustahak bagi membolehkan rakyat menilai,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles