Bung ingatkan rakyat Kedah pilih pemimpin berwibawa bukan pemimpin seperti “Raja Lawak”

KEDAH : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menggesa pengundi di negeri itu agar memilih calon yang dapat mewakili suara rakyat, bukan individu hanya tahu bercakap kasar, biadap dan lawak berlebihan umpama peserta Raja Lawak tanpa sebarang hala tuju yang jelas membawa kemakmuran negeri untuk kesejahteraan rakyat

Advertisements

Katanya pilihanraya enam buah negeri pada 12 ogos ini bukanya pertandingan mencari pemimpin penghibur yang tular diaplikasi sosial Tik Tok dengan menggunakan Bahasa yang celupar sehingga institusi raja-raja Melayu pun disentuh yang mencerminkan adab seorang pemimpin yang terlalu rendah nilainya.

“PRN kali ini kita bukan mencari dan memilih pemimpin “ Rajak Lawak” yang hanya popular di media sosial ,Tik Tok dan sebagainya, tapi PRN kali ini kita memilih pemimpin dan Kerajaan yang boleh membawa Pembangunan dan kemajuan untuk kepentingan rakyat,” jelas Bung.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sirih jejalah dan ceramah di beberapa buah Pusat Daerah Mengundi di Kedah, termasuk PDM Taman Bemban DUN Kupang, PDM Sungai Buluh DUN Bandar Baru Kulim dan di PDM Dun Kuala Ketil Baling Kedah.

Turut serta Pengarah Pilihanraya BN Kedah Dato Wira Osman Aziz, Ketua Umno bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar Dato Sri Nizar Zakariah dan Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ,PRN kali ini rakyat seharusnya meletakkan niat dan tekad untuk mencari seorang pemimpin yang berwawasan, berkerja keras memajukan negeri, membawa pelabur dan memajukan ekonomi negeri agar lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan sekali gus meningakan taraf siso ekonomi Masyarakat

“Kita bukan memilih pemimpin yang beranggapan dirinya wira di media sosial atau tik tok yang kita fikirkan ialah masa depan negeri dan rakyat kedah yang memerlukan pemimpin dan Kerajaan yang berwawasan jauh membawa Pembangunan yang mampan untuk kesejehteraan rakyat” jelas Bung,

Bung berkata kesungguhan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN untuk menang di negeri ‘Jelapang Padi’ bertujuan menjaga kebajikan rakyat.

“Kedah perlu dipimpin kerajaan yang seragam dan serasi dengan (kerajaan) Pusat supaya memudahkan pelaksanaan segala projek dirancang kerana sesetengahnya perlu sokongan kerajaan Pusat.

“Jadi, undilah wakil rakyat yang boleh membina dan memelihara dengan baik jambatan dengan kerajaan Persekutuan, jangan sesekali memberi ruang kepada individu yang mewakili parti yang tidak sehaluan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles