UMNO Sabah sambut baik peruntukan interim RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyambut baik keputusan kerajaan pusat meluluskan peruntukan interim di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebanyak RM 300 juta yang akan disalurkan secepat mungkin kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, ini membuktikan kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh bagi memastikan semua rakyat khususnya di Sabah mendapat akses setara baik dari segi dana kerajaan mahu pun pertumbuhan infrastruktur serta ekonomi dan sosial di negeri ini.

“Peruntukan RM 300 juta ini merupakan langkah awal yang tepat dan dijangka dapat memberi implikasi positif kepada perkembangan ekonomi serta sosial masyarakat Sabah terutamanya untuk menyelasaikan isu isu pembangunan terutama pembangunan insfrastruktur asas bekalan air bersih, elektrik , jalanraya yang agak kritikal selain pembangunan lain yang jauh ketinggalan berbanding dengan di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan UMNO Sabah semalam bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof mengenai keputusan kerajaan pusat menyalurkan peruntukan interim RM300 juta kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 112 D Perlembagaan Persekutuan.

Fadilah yang juga Menteri Perladangan dan Komuditi berkata kerajaan sedang mencari keadah dan memuktamadkan formula bagi mengira jumlah peruntukan yang perlu dibayar kepada Sabah dan Sarawak dalam tempoh setahun.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berharap sekiranya kerajaan negeri diberikan autonomi untuk menyelaraskan peruntukan itu, perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri atau jabatan dan agensi kerajaan yang diberikan kuasa perlu menyelarasnya secara efisin, cepat dan tepat mengurangkan biokrasi kerana ianya akan membantutkan usaha untuk membangunkan Sabah.

“Jika peruntukan ini kerajaan negeri diberikan autonomi perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah sistem penyampaianya perlu tepat dan cepat agar usaha untuk membangunkan Sabah dalam pelbagai aspek dapat disegarakan,” katanya.

Bung menambah walaupun peruntukan masih belum memadahi untuk tujuan pembangunan berbanding dengan keperluan dan faktor geografi Sabah yang luas namun iq merupakan langkah permulaan yang positif untuk menyelasaikan isu isu pembangunan yang dianggap kritikal dan perlu didahulukan.

Dalam perkembangan yang sama Bung turut bersetuju cadangan autonomi kepada Sabah dan Sarawak berkaitan dengan pentadbiran kesihatan dan pendidikan yang sebelum ini tidak selaras disebabkan Sabah juga mempunyai Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan.

“Penting ada kuasa autonomi bagi dua jabatan ini memandangkan selama ini apa apa cadangan dan keputusan kita perlu merujuk kepada kerajaan pusat menyebabkan apa-apa tindakan untuk menyelasaikan isu berkaitan kesihatan dan pendidikan di Sabah mengambil masa yang panjang” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan berkata, Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah bersetuju untuk menghantar seramai 250 orang delegasi dari UMNO Sabah untuk membantu kempen PRN di Semenanjung dan tumpuan ialah di Selangor.

“UMNO Sabah akan menghantar jentera untuk berkempen dimana setiap bahagian akan menghantar 10 orang jentera dan akan menjaga 12 DUN dimana UMNO/BN meletakkan calonya setiap DUN akan dijaga oleh dua bahagian dari Sabah” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles