18 Ahli Majlis Daerah Tenom terima watikah pelantikan

TENOM: Seramai 18 Ahli Majlis Daerah Tenom menerima watikah pelantikan bagi sesi 2023-2025 pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Tenom yang diadakan di Hotel Perkasa, di sini, kelmarin (17 Jul).

Advertisements

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri I Kemementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih yang meminta Ahli-ahli Majlis agar bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam meningkatkan kutipan hasil dan memastikan kesejahteraan penduduk daerah ini.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar cukai ses tanah ladang besar perlu dikutip.

“Para pemilik binatang peliharaan dan ternakan juga perlu dinasihatkan agar tidak membiarkan haiwan seperti kerbau, lembu dan anjing berkeliaran tanpa pengawasan.

“Haiwan peliharaan atau ternakan yang didapati berkeliaran perlu ditangkap dan kompaun dikenakan kepada pemilik,” katanya.

Tambahnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama Ahli Majlis perlu memainkan peranan dalam menjadikan daerah ini bebas daripada haiwan berkeliaran seperti anjing yang boleh memudaratkan orang ramai dan perlu ditangkap.

“Para pemilik perlu mengawasi haiwan peliharaan dan ternakan masing-masing,” katanya, sambil mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik dan AJK pelaksana atas penganjuran majlis itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood dan Pegawai Eksekutif, Haji Mohamad Saidi Hj Mohamad Ibrahim.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles