Ewon ingatkan ahli lembaga IKMa, SKM jalankan amanah, penuhi ekspektasi

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengingatkan ahli-ahli lembaga agensi dibawah kementerian itu khususnya Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan memenuhi ekspektasi rakyat.

Advertisements

Beliau berkata, ini penting untuk membantu kerajaan, kementerian dan rakyat Malaysia secara umumnya menjayakan pembangunan gerakan koperasi negara.

“Pelantikan Ahli Lembaga SKM dan IKMa banyak dibangkitkan di Parlimen. Justeru saya berharap Ahli-Ahli Lembaga yang dilantik hari ini dapat memegang amanah dengan cemerlang. Sudah tentu Ahli-Ahli Parlimen mempunyai ekspektasi besar setiap perlantikan Ahli Lembaga dapat memberikan yang terbaik.

“Saya maklumkan sidang Parlimen akan bagi peringatan kuasa menteri membatalkan perlantikan tanpa memberi sebab dan hari ini saya kongsikan ingatan ini.

“Tetapi saya yakin semua yang dilantik akan dapat membantu Kerajaan, Kementerian dan rakyat Malaysia menjayakan pembangunan gerakan koperasi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyampaian watikah pelantikan ahli-ahli lembaga IKMa dan SKM, di Kuskop, di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswati Kandasamy, Ketua Setiausaha Kuskop Dato Sri Suriani Ahmad dan Pengerusi Eksekutif SKM Rusli Jaafar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles