PN Sabah mula atur strategi hadapi PRN

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) Sabah telah mula mengatur strategi serta mengintai kerusi sasaran yang bakal ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Advertisements

Ke arah itu, Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (BPN PN) Sabah yang dianggotai oleh BERSATU, PAS, GERAKAN dan SAPP mengadakan mesyuarat pertamanya di pejabat BERSATU di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Datuk Dr Ronald Kiandee yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah.

Dalam hantaran terbaharu di media sosial, badan perhubungan itu berkata mesyuarat pertama itu bersetuju melantik pegawai-pegawai seperti berikut:

Setiausaha: Hj Kadir OKK Damsal (BERSATU)
Bendahari: Ustaz Azman Jupari (PAS)
Ketua Penerangan : Ng Kiat Hsiung (GERAKAN)
Timbalan Setiausaha: Dato’ Shuaib Mutalip (SAPP)
Pengarah Pilihanraya : Mikail Sungiau Abdullah (BERSATU)

Menurut hantaran media sosial itu, pelantikan Badan Perhubungan Kawasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Dengan pembentukan semula BPN PN Sabah, gabungan parti itu berharap dapat mengukuhkan kedudukan PN di negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles