UMNO Kinabatangan alu-alukan parti lain datang ke kawasan itu tapi jangan bawa agenda Retorik janji bulan bintang – Rahia

KINABATANGAN: UMNO bahagian Kinabatangan mengalu-alukan parti atau individu untuk memeriahkan lagi proses demokrasi di Malaysia khususnya di kawasan Kinabatangan.

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO bahagian Kinabatangan Rahia Arpaih berkata tidak ada kekangan bagi mana-mana parti untuk melebarkan pengaruhnya ke kawasan itu sesuai dengan amalan sistem demokrasi.

Bagaimanapun beliau mengingatkan mana-mana parti jangan hanya membawa agenda retorik terutama yang berhubung kait dengan pembangunan “namun pelaksanaannya tiada yang ada hanya janji manis kepada rakyat demi menarik sokongan”.

Katanya, siapa pun boleh berjanji bulan dan bintang namun hakikatnya di daerah Sandakan penduduknya terpaksa meminum bekalan air paip masin berbulan bulan lamanya dan berkorban wang ringgit untuk membeli air mineral untuk memasak sedangkan sebelum ini pemimpin PGRS yang menduduki kerajaan berjanji akan menyelasaikan isu ini dalam tempoh tiga bulan.

“Ini tidak termasuk lagi isu kekerapan gangguan bekalan elektrik bukan sahaja di Sandakan malah hampir di seluruh negeri sehingga merosakan peralatan elektrik, jalan berlubang-lubang yang cuai dilaksanakan oleh konsesi jalanraya yang dilantik oleh kerajaan GRS, seharusnya ini perlu menjadi keutamaan diselasaikan secara tuntas oleh kerajaan hari ,sebelum menaburkan janji baharu kepada rakyat demi untuk meraih sokongan,” katanya.

Rahia berkata demikian sebagai mengulas beberapa ucapan pemimpin utama GRS semasa majlis Himpunan Gagasan Rakyat bahagian Sukau dan Lamag di dataran Pekan Baharu Sukau baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Menteri yang juga Presiden PGRS Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Mengulas kehadiran ribuan rakyat yang hadir ke perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan, Rahia berkata kalau melihat gambar-gambar yang di kongsi oleh ahli-ahli PGRS yang hadir ke majlis tersebut di media sosial masih banyak kerusi kerusi kosong yang belum diisi walaupun tetamu kehormat adalah presiden parti yang juga Ketua Menteri.

“UMNO Kinabatangan tidak risau dengan kehadiran ribuan rakyat yang dilaporkan sebagaimana yang digempar gemburkan dalam media sosial , biasalah jika penganjur sediakan kenderaan, makan minum , belanja poket dan baju percuma kehadiran pasti ada dan rakyat seperti nelayan, petani yang hadir rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dari kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Rahia berharap kerajaan PGRS yang diketuai oleh Hajiji dapat mengotakan segala slogan yang terkandong dalam Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan sekadar retorik semata-mata.

“Tidak ada pihak yang ingin mempolitikan slogan (SMJ) ini jika benar-benar dilaksanakan, isunya pembangunan terutama infrastruktur asas belum diselasaikan secara tuntas jadi rakyat akan terus bertanya , rakyat berharap nyanyian SMJ tidak sekadar merdu dicorong radio tapi berlainan pula kalau dinyanyikan secara langsung di lapangan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles