Pemuda UMNO Beaufort minta pasang lampu jalan di setiap persimpangan utama

KUALA PENYU: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort meminta pihak yang berkenaan supaya dapat memasang lampu jalan di setiap persimpangan jalan utama di daerah ini.

Advertisements

Ketuanya Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya berkata pemasangan itu penting untuk tujuan keselamatan pengguna jalanraya terutama di waktu malam.

“Antara punca kekerapan berlakunya kemalangan jalanraya di kawasan persimpangan kerana keadaan gelap selain kecuaian pemandu,” katanya dalam satu kenyataan media har ini.

Terbaru ialah kes kemalangan jalanraya berlaku pada malam khamis lepas berhampiran persimpangan kampung Kerukan dan Mansud yang melibatkan tiga buah kenderaan dan seorang mangsa wanita meninggal dunia atas faktor kesihatan setelah dikejarkan ke hospital

Menurut Ak Mohd Yazri dari tinjuan yang dibuat kebanyakan persimpangan jalanraya utama di daerah ini tidak dipasang lampu jalan menyebabkan keadaan gelap dan amat merbahaya kepada pemandu.

Tambah beliau pemasangan lampu jalan di setiap persimpangan juga penting bagi mempastikan pemandu dapat melihat dengan jelas kemunculan Binatang serperti kerbau yang berkeliaran di beberapa buah tempat salah satu punca kemalangan jalanraya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan proaktif untuk memasang lampu di semua persimpangan samaada jalanraya tersebut dibawah kendalian Jabatan Kerja Raya atau pun pihak Majlis Daerah.

Dalam perkembangan yang sama Ak Mohd Yazri meminta pihak berkenaan agar dapat memasang lampu jalan di beberapa buah persimpangan jalan raya utama yang sering berlakunya kemalangan iaitu Jalan Simpang Gerowot, jalan simpang Mansud, Jalan Simpang Kepayan Layong, Jalan Kilugus Tangulian, Jalan Melikai Tanjunf Aru ,Jalan Siampak Lambidan dan Jalan Simpang Berangkok.

“ Pemasangan lampu jalan di setiap persimpangan jalan raya utama ini akan dapat mengurangkan rasiko kemalangan kepada pengguna yang memandu waktu malam ” katanya.

Dalam pada itu juga Ak. Mohd Yazri meminta samada pihak Jabatan Kerja raya atau Majlis daerah agar dapat memantau secara berkala keadaan lampu-lampu jalanraya yang telah sedia ada dipasang ketika ini agar berfungsi dan menyala pada sebelah malam.

“ Kita dapati ada lampu jalanraya di pasang namun pada sebelah malam ianya tidak berfungsi disebabkan kerosakan mentol lampu atau kerosakan lain justeru pemantauan secara berkala perlu dilakukan agar yang rosak dapat diperbaiki segara,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles