Komander ESSCOM mahu operasi pemantauan laluan KFRG diperhebatkan

LAHAD DATU: Selepas dilantik sebagai Komander ESSCOM yang baharu awal bulan ini, DCP Victor Sanjos mahu operasi pemantauan dan rondaan diperhebatkan di kawasan ESSZONE, khasnya di kawasan yang disyaki menjadi laluan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFRG).

Advertisements

Beliau berkata gerakan bersepadu itu akan melibatkan rondaan udara menggunakan pesawat pejuang dan beberapa buah helicopter yang ditempatkan di kawasan ESSZONE.

Victor berkata operasi pemantauan yang ditingkatkan itu bertujuan untuk mengekang dan menyekat anggota kumpulan KFRG yang terdiri daripada Kumpulan Abu Sayyaf daripada menyelinap masuk ke perairan negeri Sabah.

“Semasa saya dilantik menjadi Komander ESSCOM, saya mahu melihat masyarakat ESSZONE khususnya para pelancong asing yang datang ke pantai timur ini merasa yakin dengan tahap keselamatan mereka semasa berada di sini”.

Sebab itu, keberadaan dan “show of present” pasukan keselamatan di kawasan-kawasan hotspot termasuk yang disyaki menjadi laluan KFRG adalah perlu bagi memberikan kawalan keselamatan dan perlindungan kepada para pelancong”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat pertama ESSCOM sejurus selepas beliau dilantik menjadi Komander ESSCOM yang ke-7.

Turut hadir Brig Jen Johari Ismail Timbalan Komander, Ketua Staf Operasi Darat SAC Datuk M.Chandrasehkaran, Ketua staf Operasi Laut (M) Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal SAC Pajeri Mohd Ali dan beberapa pegawai kanan yang lain.

Beliau berkata meskipun keadaan keselamatan di kawasan ESSZONE adalah terkawal daripada sebarang ancaman, kesiapsiagaan dan keberadaan pasukan keselamatan di lokasi-lokasi strategik dan menjadi tumpuan orang ramai khasnya pelancong asing adalah penting bagi memelihara ketenteraman dan kedaulatan wilayah daripada anasir-anasir luar yang cuba untuk mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan di ESSZONE.

“Sebab itu, pasukan keselamatan ESSCOM akan sentiasa bersiap sedia mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Victor berkata walaupun pasukan keselamataan ESSCOM berjaya menyekat kejadian penculik di perairan ESSZONE beberapa tahun kebelakang ini, namun beberapa negara luar termasuk negara jepun dan korea mungkin masih wujud kebimbangan dan persepsi terhadap keselamatan di pantai timur Sabah dengan tidak membenarkan rakyat mereka untuk memasuki beberapa kawasan di pantai timur Sabah berdasarkan nasihat perjalanan yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua negara tersebut kepada rakyatnya yang berada di negara ini.

Namun, jelasnya ESSCOM melalui kerjasama semua pihak akan berusaha melakukan tindakan proaktif menggunkan kaedah dan pendekatan yang efektif dalam menangani persepsi ini.

Beliau juga menyeru kepada semua pihak termasuk masyarakat dipesisir pantai timur Sabah agar sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam membenteras jenayah rentas sempadan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles