KOTA KINABALU: Di sebalik agenda tersembunyi dari kelewatan pembentangan Rand Undang-Undang (RUU) Anti Lompat oleh kerajaan GRS,rang undang-undang tersebut akhirnya dibentangkan dan diluluskan semalam di Dewan Undangan Negeri dengan sokongan 61 Adun, 14 tidak bersetuju 14 dan empat orang tidak.
Dengan lulusnya rang undang undag Anti Lompat itu, maka buat masa ini kerajaan GRS selamat dan kukuh untuk meneruskan pentadbiran negeri dan paling selamat, sebelum rang undang -undang tersebut dibentangkan di DUN, Adun Limbahau Datuk Julil Nuatim menyertai GRS iaitu sehari sebelum rang-rang undang undang di bawa ke sidang DUN , dan keahlianya adalah secara terus.
Timbul juga isu apabila 14 ADUN Warisan tidak menyokong rang undang-undang itu, namun jika dilihat dari sudut lain ianya sebagai protes mereka atas kelewatan pembentangan rang undang undang ini , kerana sebelum ini Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berulang kali mendesak agar rang undang-undang disegarakan untuk dibentangkan di DUN Sabah.
Susulan kelewatan tersebut Warisan akhinya kehilangan tiga ADUN mereka iaitu Mohammad Mohamarin (Banggi), Azzlinah Ariff (Kunak) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan ini adalah sebahagian dari agenda kerajaan GRS untuk melengah-lengahkan pembentangan RUU Anti Lompat di Sabah.
Shafie mendakwa berlakunya pembelian terhadap ADUN-ADUN samada dari Warisan atau UMNO yang sebilangannyavmenyertai GRS selain diberikan ganjaran wang ringgit dijanjikan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai Menteri atau Pembantu Menteri dan Pengerusi badan berkaitan kerajaan (GLC) dan perkara ini sudah pun terbukti.
Perlu diingat dengan lulusnya Rang Undang-Undang Anti Lompat ini bukanlah satu pentanda positif bagi GRS dapat mengekalkan kedudukannya pada Pilihanraya Negeri (PRN) yang berbaki kurang dua tahun dari sekarang.
Bagi Warisan sudah tentu mereka akan meletakkan calon calon yang berwibawa di DUN yang mereka kuasai sebelum ini bagi mencabar calon-calon Warisan yang berpaling tadah menyertai GRS.
Perlu diingat Warisan masih mempunyai pengaruh yang kuat khususnya di Kawasan Pantai Timur dan apabila desas desus Kerjasama Warisan/UMNO akan bergabung dalam PRN akan datang, ini merupakan satu cabaran kepada GRS apalagi ketika ini berhadapan dengan isu-isu besar seperti isu kemudahan insfrastratuktur asas seperti bekalan, air bersih ,air, sistem perhubungan jalanraya terkini isu tanah adat jika tidak ditangani oleh kerajaan GRS dalam tempoh yang singkat ini akan menjadi liabiliti kepada GRS untuk terus menguasai kerajaan pada PRN akan datang
Apapun yang menariknya dalam pindaan Rang Undang-Undang anti lompat kali ini menurut Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman iaitu pertama Akta Lompat Parti di Sabah dibuat dan dicadang oleh mereka yang pernah melompat kedua,akta lompat parti di Sabah disokong oleh mereka pernah melompat ,ketiga akta lompat parti untuk mengawal dan mengekang penyakit sindorom mereka yang suka melompat dan ke empat akta lompat parti di Sabah dibuat untuk mengawal “YB YB” mereka yang suka melompat.