Komitmen Anwar tunai hak-hak Perjanjian Malaysia 1963 wajar dihormati rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk menunaikan semua janji-janji dan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 wajar disokong dan dihargai oleh rakyat Sabah.

Advertisements

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang juga ADUN Inanam, Peto Galim berkata sentuhan Perdana Menteri itu terserlah dan jelas semasa mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat penyokong kerajaan dari Sabah di Putrajaya baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menzahirkan kesediaan untuk menyelesaikan masalah air di Sabah.

“Saya berharap masalah bekalan air, termasuk kawasan Parlimen Sepanggar dan DUN Inanam ini dapat diselesaikan tahun ini,” katanya.

Petro berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Aidilfitri Kaamatan Hari Guru Karnival KBAT di SMK Tebobon, Menggatal hari ini.

Beliau turut menzahirkan tekadnya untuk memperhebatkan pembangunan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat khususnya di DUN Inanam.

Katanya ini termasuk kemudahan pendidikan, bekalan air, jalan raya dan kesesakan jalan raya.

Mengenai pendidikan, Peto berkata beliau sedang menunggu maklumat balas jumlah sebenar sekalah-sekolah lama yang diperbaiki atau dinaiktaraf sebelum diangkat untuk perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Jika terdapat keperluan segera, beliau juga sedia membawa perkara itu kepada Perdana Menteri,” katanya.

Peto berharap projek pembinaan Dewan Masyarakat Inanam yang sudah lama tertangguh dapat direalisasikan.

“Ada tanda-tanda pembinaan dewan tersebut mungkin dimulakan tahun ini. Difahamkan peruntukan yang dulu masih ada tetapi memerlukan peruntukan tambahan mengambil kira kenaikan kos pembinaan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles