Dabra Sia Serikan Konsert Mini Amal Koir Send The Light 2023



KOTA KINABALU: Juara Sugandoi 2019, Dabra Sia Ying Ying menyerikan Konsert Mini Amal Koir Send The Light 2023 di Dewan Putra Luyang pada malam Sabtu.

Penyanyi sedang meningkat naik itu  memeriahkan pentas dengan mendendangkan dua lagu ciptaannya sendiri iaitu Sembuhkanlah dan lagu pilihan Seperti Yang Kau ingini.

Tujuh lagu yang dibawa oleh kumpulan 65 ahli koir Send The Light 2023 turut menambat hati lebih 400 penonton yang hadir bagi memberi sokongan kepada penganjuran program amal itu.

Tidak kurang juga penonton yang terpukau dan terpaku melihat keunikan persembaban lagu rohani bertenaga oleh ahli koir dari gereja SDA sekitar Inanam.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Peto Galim.

Konsert amal tersebut dianjurkan Jabatan Pelayanan Muzik Gereja Seventh-day Adventist Kitobu, Inanam.

Selain koir Send The Light 2023, turut menyampaikan lagu ialah BJ ROY JONs dari gereja SDA Likas dan Sea of Galilee dari gereja SDM Menggagal.

Advertisements


Pengerusi Penganjur Nirona Newmond berkata program itu antara lain bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pelbagai program pelayanan muzik gereja SDA Kitobu sepanjang tahun 2023.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat, termasuk kumpulan koir, penderma/penaja dan anggota yang hadir menjayakan konsert tersebut.

“Tiada kata-kata yang mampu diucapkan, hanya ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan,” kata Nirona.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles