KENINGAU: Lebih 70 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Biah Tengah menyertai Program Khidmat Masyarakat anjuran Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) di sekolah itu, Selalu lalu (9 Mei 2023).
Program kali ini menekankan mengenai kesedaran pengurusan sampah (waste management) dengan satu kaedah telah diperkenalkan kepada pelajar sekolah tersebut iaitu “Ecobrick”.
Pensyarah Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik UCSF, Puan Sharmimiee Mohd Hussain berkata, “fokus khidmat masyarakat” kali ini lebih mendedahkan murid kepada kesedaran pengurusan sampah yang sebaiknya diperkenalkan dari tahap yang lebih rendah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi iaitu sekolah menengah.
Katanya, aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu adalah program 3R, bengkel membuat “Ecobrick” dan seterusnya menyampaikan sumbangan tong sampah 3R yang diinovasi sendiri oleh pelajar UCSF.
Ketua program, Mohd Azrin bin Abdullah berharap akan ada lagi program khidmat masyarakat yang sedemikian kerana program ini telah banyak membantu pelajar mengasah kemahiran insaniah dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri apabila berada diluar.
Sementara itu, Guru Besar SK. Kampong Biah Tengah, Puan Usrah Abd Wahid memberi galakan yang sangat memberangsangkan kepada pelajar UCSF dan berharap akan ada lagi aktiviti seumpama itu di masa akan datang.
Dalam pada itu, Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris menyatakan Program khidmat Masyarakat adalah salah aspek yang diberi penekanan kepada pelajar di UCSF.
Katanya, UCSF berterima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini termasuk pelajar dan guru-guru yang terlibat.