Hubungan pemimpin bahagian UMNO, Warisan semakin akrab

KOTA KINABALU: Hubungan para pemimpin bahagian UMNO Sabah dengan rakan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) kini semakin akrab.

Advertisements

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohammad dan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Muslimi merupakan antara ribuan pengunjung yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Warisan DUN Tanjung Aru dan Bahagian Putatan di Tanjung Aru Lama dekat sini.

“Saya amat menghargai kehadiran Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohammad dan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Muslimin serta rombongan ke majlis ini,” kata Adun Tanjung Aru Junz Wong.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebelum ini, Mohd Shafie menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan seteru lama UMNO demi kebaikan rakyat dan kestabilan politik negeri dan negara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles