Pembonceng Motosikal Maut di Jalan Paitan

BELURAN: Seorang pembonceng motosikal maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal di Jalan Paitan, dekat sini, 5.20 petang, semalam.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim bin Muda, berkata mangsa yang maut berusia 14 tahun dan berbangsa Dusun.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati lori tanker yang membawa muatan minyak sawit mentah (CPO) dan motosikal tersebut masing-masing dari arah yang sama iaitu dari Pitas menuju ke arah Paitan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanker dan motosikal dari arah yang sama iaitu dari Pitas menuju ke Paitan. Ketika sampai di tempat kejadian, motosikal yang berada di hadapan tiba-tiba membelok ke sebelah kanan menyebabkan lori tanker yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan berlaku perlanggaran”.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles