Kerajaan Sabah Wajar Pertimbangkan Pembinaan Patung Mazu di Kudat – Bung

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berharap kerajaan Sabah dapat memberi pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya bagi merealisasikan pembinaan projek Patung Mazu di Kudat.

Advertisements

Katanya, projek itu diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dalam sektor pelancongan dan pada masa yang sama, rakyat setempat juga akan mendapat manfaat melalui aktiviti perniagaan berasaskan penghasilan prodak kraftangan makanan dan sebagainya untuk dijual kepada pelancong luar yang datang melawat ke daerah utara Sabah itu.

“Sudah tentu ada pro dan kontranya, bagaimanapun kita perlu melihat dari perspektif yang luas, terutama dari segi pulangan ekonomi melalui sektor pelancongan yang dapat membantu membangunkan ekonomi negeri dan rakyat setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bagi mengulas isu cadangqn pembinaan Patung Mazu di Kudat.

Cadangan pembinaan Patung Mazu tersebut dibantah oleh beberapa NGO, termasuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Menurut Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah isu pembiaaan Patung Mazu ini sebenarnya tidak mengganggu kekusukan umat Islam beribadah atau menimbulkan sensitiviti agama apalagi merosakan Aqidah umat Islam.

Ini kerana perkara yang sama sudah berlaku di beberapa buah negeri antaranya Kelantan, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain yang tidak pun menjejaskan kehidupan masyarakat Islam di negeri berkenaan

“Kita lihat di Kelantan yang di kenali sebagai Negeri Serambi Mekah, pembinaan patung atau mazu di negeri tersebut tidak menimbulkan sebarang isu sensitiviti agama atau merubah aqidah umat Islam malah dalam Al Quran Allah SWT berfirman dalam surah al Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Untukmu agamamu dan untukku agamaku “ dan dalam surah al Qasas ayat 55 menyebut “Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalanmu” ” ,justeru tidak timbul isu pembinaan patung Mazu ini boleh menjejaskan aqidah masyarakat Islam,” katanya.

Bung berkata beliau difahamkan pihak pemaju projek itu akan membina menara patung Mazu itu tanpa menghalang kedudukan atau pandangan masjid daerah sedia ada.

Projek pembinaan patung Muza di Kudat yang dicadangkan hampir 20 tahun lepas semasa Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri ditimbulkan semula oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Chirstina Liew yang berharap projek pembinnan Patung mazu di Kudat yang terbengkalai sejak 20 rahun lepas ( 2006) akan menjadi realiti.

Katanya, pembinaan patung Mazu yang tertinggi di dunia itu selepas siap nanti mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan di daerah berkenaan selepas ‘The Tip Of Borneo’ Simpang Mengayau.

“Apa saja konflik pada masa lepas boleh diselesaikan secara baik untuk manfaat rakyat Kudat dan ekonominya,” katanya.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yakin projek Patung Mazu setinggi 33 meter akan merubah wajah daerah Kudat dan mampu menjadi ikon daerah itu yang terletak di utara Sabah yang bakal menjadi tumpuan pelancong khususnya dari luar negara untuk melawat daerah ini apa bila projek ini disiapkan.

“Sudah tentu ianya tentu akan membawa perubahan dari segi peningkatan sumber ekonomi masyarakat di daerah itu.

“Kita lihat di negara China, berjuta pelancong datang ke tanah besar itu semata-mata ingin melihat patung Quan Yin ,jadi tidak mustahil Sabah juga akan menerima sejumlah besar pelancong dari luar negara setaip tahun untuk melawat Patung Mazu di Kudat dan dari sudut positifnya sudah tentu akan memberikan pulangan ekonomi negeri dimana salah satu sumber pendapatan kita adalah melalui sektor pelancongan,” katanya.

Sehubungan itu, Bung berkata jika kerajaan negeri melihat projek ini mampu menjana ekonomi negeri melalui sektor pelancongan maka ianya perlu diberikan pertimbangan sewajarnya dan mengenepikan sentiment sempit yang menghalang gagasan Sabah Maju Jaya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles