Rempuh kereta, penunggang motosikal cedera parah

TAWAU: Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas merempuh sebuah kereta dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di di batu 2 1/2 Jalan Apas dekat sini pada Rabu.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Bin Piuh berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan sedang menunggang motosikal
di belakang sebuah kereta jenis Proton MPV dari arah Taman Eastern menuju ke Jalan Tawau Lama.

“Apabila sampai di tempat kejadian (Batu 2 1/2 Jalan Apas, tiba-tiba kenderaan itu telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Champin berkata pembonceng motosikql itu mengalami kecederaan di bahagian mulut manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya pihak polis masih meneruskan siasatan kes itu di bawah Sek.43 (1) APJ 1987.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles