Kerajaan disaran gubal undang-undang untuk perjelas pengertian sebenar aktiviti inap desa

KOTA KINABALU: Kerajaan disaran untuk mengubal undang-umdang untuk memperincikan pengertiaan aktiviti pelancongan inap desa atau Homestay bagi menjaga kepentingan pengusaha destinasi pelancongan yang terletak jauh daripada bandar.

Advertisements

Penyelaras Homestay Desa Cinta Kobuni Emalia Rabin berkata ini penting bagi memastikan idenditi Inap Desa tidak disalahguna untuk menjalankan perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan atau hotel biasa di kawasan bandar.

Menurutnya ramai pengusaha penginapan biasa yang menggunakan nama inap desa meskipun terletak di pinggiran bandar atau di kawasan bandar.

Katanya sudah tiba masanya kerajaan memberi penerangan terperinci tentang skop operasi inap desa yang sebenar dan tidak membenarkan perkataan inap desa digunapakai oleh pengusaha penginapan individu yang beroperasi di kawsan pinggiran bandar atau bandar untuk mengaut keuntungan.

“Masyarakat kampung seharusnya diberi keutamaan menggunapakai aktiviti pelancongan inap desa. Biarlah pengusaha penginapan di kawasan pinggiran bandar dan bandar guna nama lain daripada inap desa. Pelancong biasanya tertarik menginap di rumah-rumah kampung atau inap desa yang dilengkapi dengan kemudahan asas.

“Pada masa yang sama pelancong atau pengunjung berpeluang mencuba pelbagai sajian makanan tradisional dan persembahan kebudayaan oleh penduduk setempat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Emalia, sambutan orang ranai terhadap aktiviti pelancongan inap desa amat menggalakkan terutama semasa cuti sekolah.

Katanya ramai keluarga yang mengambil peluang membawa anak-anak mereka tinggal di kampung-kampung yang menyediakan kemudahan inap desa untuk merasai dan menikmati suasana hidup di desa atau kampung.

Beliau berkata Homestay Desa Cinta Kobuni dekat sini turut menjadi tumpuan pelancong luar negeri, termasuk pelancong Jepun, Korea, Pakistan dan Brazil.

Sementara itu, Ketua Kampung Kg. Kobuni Aji Bin Rumbuton menzahirkan sokongan kepada usaha kerajaan mempromosi secara agresif aktiviti pelancongan inap desa.

Katanya aktiviti inap desa ternyata banyak membawa kebaikan, termasuk mempelbagaikan sumber pendapatan penduduk kampung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles