Shopping Raya Bersama 50 orang anak yatim, asnaf

KOTA KINABAlU: Suasana riang jelas tergambar di wajah 50 orang anak-anak yatim dan asnaf apabila mereka dibawa membeli-belah di Jakel Silk House Alamesra hari ini.

Advertisements

Mereka diraikan oleh Beliawanis Gagasan Rakyat (PGRS) bahagian Sulaman pada program bersama anak-anak yatim, asnaf serta kurang bernasib baik dari kawasan tersebut.

Menurut Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat bahagian Sulaman, Noorazmahirah Datuk Noorzain, program itu bertujuan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik.

”Ia adalah sebahagian program kemasyarakatan untuk bersama-sama membantu dan menggembirakan anak yatim lebih-lebih lagi dalam suasana perayaan sebegini. Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat bahagian Sulaman.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai bahawa masih ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka sempena bulan mulia ini,” katanya semasa membawa anak-anak yatim tersebut di Jakel Silk House Alamesra disini hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah berkata, pelbagai pihak lain sepatutnya turut serta membantu golongan kurang bernasib baik bukan sahaja menceriakan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi juga menanam budaya masyarakat penyayang antara satu sama lain.

Turut bersama ahli jawatankuasa Beliawanis Bahagian Sulaman. Rombongan dari Beliwanis negeri, Ketua Beliawanis Negeri Emmie M. Idang dan exco Beliawanis turut hadir bersama.

Seramai 50 orang penerima sumbangan Shopping Raya yang meliputi kesemua PDM di DUN Sulaman. Penerima daripada golongan orang kelainan upaya (oku), ibu tunggal, asnaf, keluarga daif dan susah, anak yati serta mualaf.

Setiap seorang RM200 termasuk bajet shopping dan duit raya. Beliawanis turut menyumbang 10 kotak kurma kepada pihak Jakel sebagai tanda ingatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles