Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sandakan Anjur Karnival Aidilfitri

SANDAKAN: Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong dan Persatuan Harapan Dinamik Sabah akan menganjurkan Karnival Aidilfitri 2023/1444H di tempat letak kereta hadapan Pusat Khidmat Parlimen Sandakan selama tiga hari bermula 16 April (Ahad).

Advertisements

Vivian berkata, karnival itu, antara lain, bertujuan menyediakan ruang niaga kepada peniaga kecil dan sederhana untuk menjual produk mereka khasnya keperluan menjelang Aidil Fitri.

Pada masa sama, katanya ia juga diharap dapat membantu peniaga menghabiskan stok jualan pada musim perayaan ini dan menjana pendapatan.

Sementara itu,Pegawai perhubungannya, Asrul yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur karnival itu mengalu-alukan kehadiran warga Sandakan dalam karnival tersebut.

Selain barangan dan makanan yang dijual di karnival itu, jawatankuasa penganjur turut menyediakan beberapa persembahan untuk hadirin dengan jemputan beberapa artis serta penggiat seni suara di daerah tersebut.

Jawatankuasa penganjur juga telah menyediakan hadiah untuk cabutan tiket bertuah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles