Kenyataan Sapawi Berhubung Patung Mazu Tepat, Sesuai – Ketua USIA Kudat

KOTA KINABALU: Ketua USIA Bahagian Kudat Jasni Eser menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Awang Husaini Datuk Sahari berhubung pembinaan Patung Mazu di Kudat sebagai orang yang meracau dan tidak sedarkan diri.

Advertisements

Semalam Awang Husain dipetik sebagai berkata bahawa kenyataan Sapawi yang menyuarakan bantahan USIA terhadap pembinaan Patung Mazu memalukan dan tidak berasas.

Jasni sebaliknya berkata dakwaan Naib Presiden PKR itu dibuat seperti orang yang sedang meracau dan tidak memahami epenuhnya isu tersebut.

Ketua USIA Bahagian Kudat itu berkata kenyataan Sapawi itu adalah tepat dan sangat sesuai demi menegakkan kesucian dan kedaulatan Islam.

Jasni berkata yang harus merasa malu adalah Pemimpin yang mengaku Islam tetapi membisu ketika kesucian Islam sedikit demi sedikit diganggugugat.

USIA Bahagian Kudat tetap mempertahankan keputusan USIA sebelum ini MEMBANTAH pembinaan Patung Mazu berhampiran Masjid Daerah Kudat.

Beliau juga menyokong penuh keputusan USIA Pusat dan pelbagai Persatuan Islam yang turut membantah pembinaan Patung Mazu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles