Oleh: Jaafar Abd Wahid
SANDAKAN: Wanita UMNO bahagian Batu Sapi memanfaatkan bulan Ramadahan sebagai bulan kasih sayang untuk menyantuni golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
Ketuanya Hazulizah Mohd Dani berkata, dalam jadual program semenjak beliau mengambil alih jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian itu memang telah disusun bagimana sempana bulan Ramadahan ini tumpuan program lebih kepada program program kebajikan seperti penyampaian sumbangan dan program berbuka puasa bersama kumpulan sasaran.
“Kita faham sempana ramdahan ini tidak semua dapat melaksanakan ibadah puasa dalam keadaan yang serba lengkap terutamanya golongan B40, golongan asnaf dan mereka yang terpaksa bertugas di bulan mula ini, justeru program Semarak kasih Ramadahan ini kita gerakkan dengan harapan kita dapat mengeratkan hubungan silatulrahim disamping berkongsi rezeki yang ada,” katanya ketika di temui selepas program Semarak Kasih Ramadahan di Balai Komuniti Flat Majlis Perbandaran Sandakan di sini baru-baru ini.
Program yang digerakkan secara kolabrasi antara Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi ,Puteri UMNO bahagian Batu Sapi dan Jabatan Penerangan Sandakan itu dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Batu Sapi OKK Zantapha Bin Zainal Abidin .
Menurut Hazulizah program agihan bubur lambuk dan sumbangan lain juga turut digerakkan ke jabatan jabatan kerajaan dimana ada pegawai atau dan kakitanganya yang terpaksa berbuka atau bersahur di pejabat kerana menjalankan tugas yang diamanahkan.
Katanya program yang menjadi agenda tahunan Wanita UMNO bahagian Batu Sapi itu juga turut mengalu-alukan jalinan Kerjasama dari semua pihak jabatan,agensi kerajaan dan badan-badan sukarela agar budaya membantu golongan yang memerlukan itu dapat disemarakan dan lebih ramai penerima yang layak memperolehi kebaikan bukan sahaja untuk meringkan beban namun sekali gus menceriakan sambutan hari raya aidil fitri yang bakal menjelang tiba.
“Kita yakin melalui program seperti ini hubungan secara langsung antara kepimpinan parti khususnya Wanita UMNO bahagian Batu Sapi akan terus terjalin melalu bentuk Kerjasama dalam menyediakan juadah yang diagihkan selain dapat merapatkan hubungan antara kepimpinan parti dengan masyarakat luar,” jelas Hazulizah.