Gambar Hiasan
KUDAT: Seorang aktivis dakwah dan kemasyarakatan, Haji Hassan Wahab meminta Kerajaan meneruskan keputusan Kerajaan terdahulu untuk tidak mendirikan patung Maa Zu di tengah Pekan Kudat.
Hasan yang juga mantan Pegawai Tadbir JHEAINS Kudat merayu Ketua Menteri
Sabah agar meneruskan keputusan Kerajaan sebelum.ini demi menjadi sensitiviti masyarakat Islam di Kudat.
Isu Mazu pernah timbul ketika Sabah di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri ketika itu menerima banyak permintaan ketua-ketua masyarakat Islam di Kudat agar cadangan pembinaan Patung Mazu di Pekan Kudat itu tidak diteruskan.
Isu ini juga telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2010 di mana rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat terhadap keputusan kerajaan negeri mengubah kelulusan yang diberi sebelumnya berhubung pembinaan patung Mazu (Dewa Laut) setinggi 30 meter di bandar Kudat telah ditolak.
“Tiada timbul isu kebebasan beragama, kerana selama inipun penganut agama lain tidak pernah dihalang untuk mengamalkan agama masing-masing, tiada juga pernah timbul halangan untuk mendirikan rumah ibadat masing-masing. Malah kita di Sabah terus harmoni menjalankan amalan agama masing-masing di negeri ini,” tegas Hassan.