Wanita sasaran utama jenayah penipuan siber di Sabah

KOTA KINABALU: Kecenderungan wanita menggunakan kemudahan teknologi, khususnya telefon pintar untuk menguruskan kerja dan bersosial, mendedahkan diri mereka sebagai mangsa ancaman penipuan siber.

Advertisements

Ketua Jabatan integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ACP George Abdurakman berkata berdasarkan statistik terbaharu di Sabah, kes penipuan jenayah siber banyak melibatkan kaum wanita.

Menurutnya antara penyumbang kes penipuan siber itu ialah pihak sekolah.

George berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan menasihati kaum wanita termasuk pelajar supaya berhati-hati bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan kes penipuan dalam talian.

“Kita dedahkan perkara ini supayq mereka berjaga-jaga kerana modus operandi penjenayah siber sentiasa berubah.

“Dalam sekelip mata, duit boleh hilang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Back To School di SMK Likas, dekat sini hari ini.

George yang juga bekas pelajar SMK Likas berharap pelajar sekolah dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka demi masa depan yang cerah.

Beliau turut mengingatkan para pelajar supaya mengelak daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik, termasuk bermain politik di sekolah.

“Golongan mula seharusnya fokus belajar kerana pendidikan adalah kunci kejayaan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles