APPGM-SDG lakukan lawatan empat hari ke Sandakan

KOTA KINABALU: All Party Parliamentary Group Malaysia for Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) melawat Sandakan selama empat hari dan turut berkesempatan pergi ke beberapa lokasi di daerah ini dengan bantuan dan pandu arah dari pasukan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong.

Advertisements

APPGM ditubuhkan dengan matlamat pembangunan mampan untuk membantu penduduk di kawasan membangun ke arah yang lebih mesra alam dan harmoni. 

Ia juga memberi tumpuan kepada isu-isu seperti komuniti, kesihatan, ekonomi dan alam sekitar.

Semasa berada di Sandakan, pasukan Vivian Wong membawa pasukan APPGM melawat unit Projek Perumahan Rakyat Taman Harmoni, Rumah Warga Emas, Rumah Anak Yatim, Pulau Berhala, Kampung Mangkalinau dan Kampung Forest. 

Sejurus lawatan itu, pihak APPGM juga mendapati banyak perkara yang perlu diselesaikan dan diperbaiki untuk rakyat.

Pada masa yang sama, sebanyak lapan agensi kerajaan juga dijemput untuk membincangkan beberapa topik berkaitan.

Antara jabatan itu, Jabatan Air Sandakan, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Sandakan, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Perikanan Sandakan, Mahkamah Anak Negeri dan Jabatan Kesihatan Sandakan.

Melalui lawatan itu, Vivian Wong berharap pihaknya dapat memperoleh pendapat daripada organisasi berkaitan dan menggerakkan Sandakan ke arah  pembangunan yang lebih baik lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles