KOTA KINABALU: Projek StarCity yang terbengkalai sejak sekian lama akan diteruskan dengan penjenamaan semula projek yang dikenali sebagai KK One
Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Jamawi Jaafar berkata, projek tersebut akan dimajukan semula oleh (SUDC) bersama Fusun International Holiding Limited
Menurut Jamawi projek ini sepatutnya dimulakan pada tahun 2020 tapi tertangguh ekoran penularan Pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia ketika itu.
“ Sekarang keadaam semakin pulih dari penularan Pandemik COVID-19 dan kita akan meneruskan semula rancangan tersebut dalam tempoh terdekat ini” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Fusun International Holding Limited sebuah syarikat dari China yang diketuai oleh pengerusi Eksekutifnya Feng Chuibin.
Menurut Jamawi sebelum projek ini dapat diteruskan beberapa perkara perlu diperhalusi antaranya perundingan dengan pembeli lama dan pihak bank yang perlu diselasaikan .
“ Apabila isu ini dapat diselasaikan kita menjangkakan projek ini akan dimulakan pertengahan tahun ini” katanya.
Jamawi menambah (SUDC) akan menjadikan projek ini sebagai projek keutamaan lebih-lebih lagi ianya merupakan satu projek mega dibawah erancangan “ Sabah Maju Jaya” katanya.
Projek ini akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dan ianya merupakan pusat komersial yang akan menjadi daya tarikan baru di Sabah khususnya di Kota Kinabalu