Tolak Fahaman Politik Ekstrim – Pemuda UPKO

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Felix Joseph Saang berkata, rakyat negara ini harus menolak fahaman politik ekstrim kerana ia boleh mencetuskan kemudaratan negara.

Advertisements

Beliau berkata, ia bukan sahaja mencetuskan perkara-perkara yang boleh membawa kemudaratan negara tetapi juga menimbulkan kebimbangan rakyat rakyat negara ini.

“Perarakan membawa ala-ala keris, pedang dan pelbagai senjata memberikan imej ‘keganasan’, walaupun ia bukan senjata sebenar namun perarakan seumpama itu mengundang persepsi tidak baik. Apa agenda dan apa motif mereka?

“Pemuda Upko menyokong budaya politik terbuka, bebas dan transperansi. Bila kita berada dalam blok pembangkang sebelum ini, kita bersuara lantang dan berjuang mengenai kepentingan dan hak rakyat.

“Kita suarakan bebanan kos sara hidup, ekonomi negara, pembangunan asas, gejala rasuah, status sama rata Malaya, Sabah dan Sarawak, tuntutan 40% hasil cukai dan sebagainya, bukannya berarak dengan senjata-senjata tiruan.

“Saya sering nyatakan, negara harus mempunyai blok pembangkang yang kuat supaya menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan hari ini, selain memastikan negara kita kekal aman, damai dan makmur,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Felix berkata, parti-parti pembangkang seharusnya menjadi blok pembangkang yang berintegriti, berwibawa dan bertanggungjawab.

“Hentikan isu kaum dan agama kerana ia akan menghancurkan negara. Hentikan juga serangan peribadi, politik seperti ini sudah ketinggalan zaman.

“Masyarakat hari ini hanya mahu mendengar tentang dasar-dasar atau polisi-polisi yang mahu dilaksakana oleh kedua-dua pihak sama ada dari blok kerajaan atau pun dari blok pembangkang untuk kebaikan rakyat. Bukannya perarakan membawa senjata-senjata tiruan. Untuk apa? Siapa yang mereka mahu takutkan?,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru anak-anak muda di seluruh negara supaya menolak dan menentang budaya politik ekstrim seperti itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles