Salleh Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Calon SPM

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang bermula hari ini.

Advertisements

Menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya, Salleh yang juga ADUN Usukan mahu semua calon peperiksaan melakukan yang terbaik demi masa depan mereka.

“Selamat maju jaya buat anak-anak yang menduduki ujian SPM hari ini. Buat yang terbaik dan jawablah setiap soalan dengan semangat.

“Manfaatkan pembelajaran dan ilmu diturunkan guru-guru untuk keputusan yang cemerlang,'” katanya.

Sementara itu, seramai 40,148 calon Sijil SPM 2023 di Sabah telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 36,026 calon sekolah kerajaan,Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantua Kerajaam manakala sebelihnya dari calon sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah Agama Negeri, sekolah swasta berdaftar dan calon persendirian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles