Dr. Joachim bertemu NGO Sandakan, bincang isu-isu dihadapi penduduk

*SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di Kelab Golf Sibuga, di sini pada Ahad.

Advertisements

Ia melibatkan lapan NGO iaitu Persatuan Pembinaan Sandakan, Persatuan Perikanan Sandakan, Persatuan Penjaja Sandakan, Persatuan Masyarakat Tionghua Bersekutu Sandakan, Persatuan Restoran dan Kedai Kopi Sandakan, Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan, Persatuan Kontraktor Sandakan dan Persatuan Perniagaan Hotel Malaysia, Sandakan.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, ini merupakan pertemuan pertama beliau dengan NGO berkenaan sejak memegang portfolio baharunya.

Pertemuan tersebut juga adalah untuk memperkenalkan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu, Henry Idol.

Turut dibincangkan adalah permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Sandakan seperti keadaan lampu jalan bandar dan sekitar perumahan, masalah kekotoran-sampah dan kemudahan infra pasar raya Sandakan.

Dr. Joachim berkata, semua ini akan diambil perhatian oleh Presiden baharu dan berharap semua lapisan masyarakat Sandakan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan untuk menangani masalah yang diutarakan.

Beliau juga berterima kasih kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Ng Boon Leng yang telah menganjurkan pertemuan tersebut.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri, Datuk Isnin Aliasnih.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles