Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan sehari ke Sabah.
Beliau yang menaiki pesawat khas tiba kira-kira pukul 9.30 malam .
Ketibaan beliau disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama saf kepimpinan Umno Sabah dan Ketua-Ketua Umno bahagia.
Dalam lawatan singkat itu, Ahmad Zahid dijadualkan melakukan lawatan ke daerah Pitas hari ini bagi melawat mangsa-mangsa banjir di Pengkalan Si Atoi Kampung Kelumpang Pitas dan seterusnya menyantuni serta memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Dewan Belia dan Sukan daerah.
Zahid yang juga Presiden UMNO akan mengadakan mesyuarat khas bersama Badan Perhubungan UMNO Sabah di bangunan UMNO yang akan turut dihadiri bersama Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Yakub Khan serta kepimpinan Umno Sabah, Wanita,Pemuda dan Puteri Umno Sabah sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur.