SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee hari ini melawat keluarga Mohammad Sudeh Sudin yang juga salah seorang kru kapal kargo yang dilapor hilang di perairan Indonesia baru-baru ini.
Lebih memilukan Vivian, sejurus tiba di kediaman keluarga Sudeh di Sandakan, ibunya Ratna Binti Abu ,53, kelihatan begitu sedih atas kejadian ini.
Jelas ibunya, sehingga kini, tidak ada apa-apa khabar mengenai anak bungsunya itu selepas mereka menerima laporan berhubung kejadian menimpa anaknya itu dan rakan-rakannya yang lain.
Vivian juga sebak mendengar luahan dan kesedihan ibu Sudeh dan keluarganya.
Ibu Sudeh yang sangat bersedih dan dalam keadaan tertekan.
Anggota badannya juga kelihatan lemas, sehingga tidak berdaya untuk bergerak, merenung nasib anak bungsunya yang tidak ada kepastian dimana anaknya itu berada ketika ini dan keadaannya bersama rakannya yang lain.
Keluarganya juga memberitahu, kali terakhir Sudeh menghubungi ahli keluarga mereka adalah pada awal tahun ini sebelum menerima berkenaan berita kehilangan kapal itu baru-baru ini dan ia amat menyedihkan mereka sekeluarga.
“Kami dimaklumkan isu ini juga akan dibawa ke mesyuarat kabinet jemaah menteri pada hari ini.” Jelas Vivian.
“Kami mendoakan segala urusan dan misi pencarian serta menyelamat dapat dijalankan dengan sebaiknya dan dipermudahkan.
Kami juga berdoa agar semua kru kapal ditemui dengan selamat dan keluarga tabah,” Tambah Vivian.