Joachim turun padang lawat mangsa banjir di Marakau

RANAU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah melawat tiga keluarga yang terjejas teruk akibat banjir di Kampung Marakau, di sini pada Jumaat lepas.

Advertisements

Seorang daripada ketua keluarga mangsa banjir itu, Denis Sading, 58, berkata, kesemua mereka hanya dapat menyelamatkan diri di bahagian atas rumah mereka pada malam kejadian itu.

Katanya, kejadian banjir yang berlaku sekitar jam 9.20 malam pada 4 Januari adalah yang paling buruk, sehingga mengakibatkan jambatan terputus.

Denis turut memberitahu, limpahan air sungai berlaku dan aliran sungai juga telah lari daripada yang asal.

Tiga buah kenderaan rosak dan dua lagi hanyut dibawa arus air deras (total lost).

Walau bagaimanapun, Denis bersyukur tidak ada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Mereka juga berterima kasih kerana Dr. Joachim datang sendiri untuk melawat mereka.

Selain itu, beliau juga meminta Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) mempercepatkan kerja-kerja untuk mengembalikan aliran sungai kepada yang asal kerana aliran sungai sekarang ini mengakibatkan berlakunya hakisan tanah di kawasan rumah dan tiang elektrik hampir tumbang.

Pada hari yang sama, Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersama jentera pentadbiran DUN Kundasang telah meninjau kawasan tanah runtuh dan mendap di beberapa antaranya Kampung Kalanggaan, Kg. Desa Aman, Kg. Dumpiring Bawah dan Kg. Lembah Permai.

Beliau menasihati penduduk agar sentiasa waspada dan berhati-hati terutama dalam keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles